Skip to main content

Karangan Bahagian A SPM :Usaha Usaha Mempopularkan Permainan Tradisional

                Pada era globalisasi ini,dunia kian mengejar kejayaan materialistik dan ekonomi.Bak kata pepatah duduk sama rendah, diri sama tinggi negara kita,Malaysia telah berkembang pesat dalam bidang ekonomi setaraf dengan dunia maju yang lain. Walau bagaimanapun ,banyak tradisi asal seperti permainan tradisional dilupakan oleh masyarakat terutamanya kaum remaja yang mengutamakan permainan moden mahupun permainan dalam gajet .Hal ini demikian kerana,masyarakat  tidak ambil kisah tentang usaha mempopularkan permainan tradisional malahan hal ini hanya menjadi buah mulut dari bibi ke bibir masyarakat dari peringkat kedai kopi ke parlimen .Semua pihak hanya menunjuk jari bagai lagu Bangau Oh Bangau tetapi tiada mengambil kira tentang usaha mempopulkan permainan tradisional.Persoalan yang mencengkam minda kita ialah apakah usaha yang patut dilakukan untuk empopoulkan permainan tradisional? Tepuk dada tanyalah minda.
               
            Tak kenal maka tak cinta .Institusi pendidikan seperti sekolah,kolej dan university haruslah memainkan peranan yang signifikan dalam menjadikan permainan tradisional sebahagian daripada aktiviti kokurikulum.Hal ini demikian kerana, remaja dapat mengenali permainan-permainanan tradisional seperti sepak raga,wau dan gasing.Sebagai initiasif perdana,Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan program 1 Murid 1 Sukan yang telah mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan pelajar.Secara tidak langsung, pelajar juga akan sihat apabila mereka menyertai permainan tradisional kerana mereka akan lebih cergas dalam mental dan fizikal.Selain masa kokurikulum,pihak sekolah juga harus menerapkan dalam waktu pengajaran dan pendidikan (PNP) terutamanya pada subjek Pendidikan Jasmani dan Kerohanian. Jelaslah di sini,pelajar dan remaja dapat menguasai JERIS iaitu jasmani,elektrif,rohani,inovatif dan sosial dengan menyertai permainan tradisional.
       
              Usaha selanjutnya,kerajaan haruslah menganjurkan pertandingan di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa.Hal ini demikian kerana, pertandingan dapat mnarik minat masyarakat terutamanya remaja.Dengan ini,kita akan melahirkan atlet antarabangsa dalam bidang sukan terutama permainan tradisional.Sebagai cara meningkat taraf permainan tradisional ,pihak berkuasa haruslah memberi cadangan untuk menyertakan permainan tradisional dalam Sukan Sea mahupun Sukan Olimpik.Hal ini dapat mempromosikan permainan tradisional dalam sidang antarabangsa.Yang bulat tidak datang bergolek ,yang pipih tidak datang berlayang.Sebagai gulungan pendapat ,semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan anak watan yang menguasai bidang permainan tradisional agar permainan tradisional tidak mengalami kemusnahan.

               Kalau tidak dipecahkan ruyung ,manakah dapat sagunya.Pihak kerajaan mahupun pihak swasta haruslah menyediakan kemudahan permainan di setiap tempat.Hal ini demikian kerana,negara kita mengalami kekangan dalam menyediakan tempat dan alatan permainan yang sesuai dan dalam keadaan yang bagus.Hal  ini dapat diatasi dengan menyediakan sumbangan khas untuk memartabatkan taraf permainan tradisional.Sebagai contoh,pihak berkuasa haruslah menyediakan tempat yang sesuai, alatan permainan, alatan keselamatan dan ubat ubatan untuk waktu kecemasan di setiap bandar dan kawasan luar bandar .Selain itu,mereka haruslah menyediakn seorang jurulatih yang berkemahiran tinggi dalam sesuatu permainan tradisional.Dengan ini,kita dapat melahirkan perasaan dan minat pada sanubari remaja untuk menyertai permainan tradisional mahupun menjadi pakar dan berkemampuan tinggi dalam bidang ini.

               Gulungan longgakan idea untuk mempopularkan permainan tradisional menjelaskan tanggungjawab semua pihak untuk menghayati permainan tradisional .Hal ini demikian kerana,permainan tradisional banyak memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya generasi muda yang intelek.Kita haruslah sehilir semudi ,seia sekata,seiring sejalan dan bahu membahu berkerjasama menjayakan  matlamat negara kita untuk menjadi negara yang penuh dengan khazanah tradisional.Harapan Pihak Kementerian Kebudayaan Seni Dan Bangsa negara kita ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara penuh dengan tradisi asli dan diwarisi oleh turun temurun.



Nota: Karangan daripada seorang pelajar SPM .Bukan terlalu cemerlang tetapi cubaan yang baik.
          Minta maaf atas kesalahan ejaan dan imbuhan

          

Comments

  1. It helps a lot!!!!thanks ....BTW its ain't noob...ur talented

    ReplyDelete
  2. Makasih ya..udah ngerti aku kayak gimana mau ngerepot karangan nya.makasih yal

    ReplyDelete
  3. Thank you so much for including this karangan as one in your blog..its really helpful for my pt3 thank you :) this should not be called noob becasue its talent.

    ReplyDelete
  4. makaseh ! siyes karangan ni help me improvesmore

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Blogger Hi Guys!! I am new to blogging .Here ,I'm to learn more new stuffs and share even more new things. Well,it's time to introduce myself. I am Vishaka Shivanesh. Literally known as Visha .I created this blog to share the most favourite stuffs from I learned. Like , english essays,poetry,story mentioning the own writer names..I would like to share some writing material in Tamil.So that , my indian friends wouuld love it. Not to forgetten as a Malaysian, i would never forget to share Malay studying material. As this is my learning process,i may need your help to improve my blog.If there were any mistake please excuse me,forgive me and mention my mistakes in comment box <3